Posts

Showing posts from February, 2018
Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus. Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) SST dimansuhkan sekaligus kesemuanya selepas berkuatkuasanya Cukai GST.

SENARAI PENUH PEGAWAI2 BANK DUNIA, IMF & BADAN2 PAKAR PENARAFAN EKONOMI ANTARABANGSA YANG MENYATAKAN "GST SALAH & MANSUH GST"

Soalan: Senarai pegawai-pegawai Bank Dunia, IMF & badan-badan pakar penarafan ekonomi antarabangsa yang menyatakan "GST SALAH & MANSUH GST". Jawapan: Tiada. GST terus dilaksanakan ke seluruh dunia, kini di 174 dari 194 buah negara. GST adalah merupakan transformasi sistem percukaian dunia yang berkembang pesat seiring dengan perkembangan ekonomi digital yang semakin global serta sejajar dengan tujuan dan tumpuan pelbagai jenis urus niaga perdagangan antarabangsa yang merentas sempadan.

RAKYAT NAK TAHU KE MANA DUIT GST! PENGURUSAN GST TAK TELUS!

Soalan: Rakyat nak tahu ke mana duit GST! Pengurusan GST tak telus! Jawapan:  Hasil pendapatan dari cukai GST dikira sama seperti dengan mana-mana kutipan cukai-cukai lain kerajaan termasuk cukai korporat, cukai pendapatan, duti, pendapatan petroleum, dividen yang diterima - bermaksud kesemua hasil pendapatan tersebut dimasukkan ke dalam dana yang disatukan ketika kerajaan membuat pembentangan bajet tahunan. Pendapatan dari GST tidak diurus berasingan, juga tidak dibelanjakan secara berasingan. Keseluruhan hasil pendapatan kerajaan dibelanjakan untuk keselamatan & pertahanan negara, infrastruktur & kemudahan awam, pertanian & perindustrian, kesihatan, membantu golongan yang memerlukan, sekolah & universiti, pembangunan dan banyak lagi. Cara bagaimana kerajaan membelanjakan dana yang telah disatukan (termasuk hasil GST) dibuat secara terperinci dalam pembentangan belanjawan tahunan di parlimen setiap tahun, yang kemudiannya diaudit oleh Ketua Audit