Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus. Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) SST dimansuhkan sekaligus kesemuanya selepas berkuatkuasanya Cukai GST.

RAKYAT NAK TAHU KE MANA DUIT GST! PENGURUSAN GST TAK TELUS!

Soalan:
Rakyat nak tahu ke mana duit GST! Pengurusan GST tak telus!


Jawapan: 
Hasil pendapatan dari cukai GST dikira sama seperti dengan mana-mana kutipan cukai-cukai lain kerajaan termasuk cukai korporat, cukai pendapatan, duti, pendapatan petroleum, dividen yang diterima - bermaksud kesemua hasil pendapatan tersebut dimasukkan ke dalam dana yang disatukan ketika kerajaan membuat pembentangan bajet tahunan.

Pendapatan dari GST tidak diurus berasingan, juga tidak dibelanjakan secara berasingan.

Keseluruhan hasil pendapatan kerajaan dibelanjakan untuk keselamatan & pertahanan negara, infrastruktur & kemudahan awam, pertanian & perindustrian, kesihatan, membantu golongan yang memerlukan, sekolah & universiti, pembangunan dan banyak lagi.

Cara bagaimana kerajaan membelanjakan dana yang telah disatukan (termasuk hasil GST) dibuat secara terperinci dalam pembentangan belanjawan tahunan di parlimen setiap tahun, yang kemudiannya diaudit oleh Ketua Audit Negara.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

SENARAI PENUH NEGARA-NEGARA DI DUNIA YANG MEMANSUHKAN GST SESUDAH IANYA DILAKSANAKAN

SENARAI PENUH NEGARA-NEGARA ISLAM YANG MENGHARAMKAN GST