Posts

Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus. Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) SST dimansuhkan sekaligus kesemuanya selepas berkuatkuasanya Cukai GST.

SIAPA KATA GST TAK BOLEH MANSUH?!

SOALAN: : Apakah benar dakwaan yang kita sering dengar mutakhir ini bahawa penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan menyebabkan kerugian, sebaliknya mampu serta mudah diseimbangkan dengan hanya pengurangan perbelanjaan berdasarkan dua komponen belanjawan iaitu pendapatan dan perbelanjaan, ketika pembentangan bajet tahunan negara di parlimen. Jadi persoalannya sekarang ialah ‘Siapa kata GST tak boleh mansuh?

JAWAPAN: Memang terdapat pihak-pihak tertentu bertekad mahu menghapuskan GST tetapi tanpa mengemukakan cadangan kukuh tentang bagaimana akan menggantikan hasil pendapatan daripada GST.
GST bukan cukai baharu tetapi transformasi cukai untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, mengawal ‘black economy’ dan mencegah aktiviti ekonomi haram, bagi mengurangkan pengelakan cukai serta meluaskan asas cukai keseluruhan. Kadar GST terendah dunia ialah 5% (Jepun, Kanada) dan tertinggi ialah 28% (India).
Bank Dunia, IMF dan badan penarafan ekonomi antarabangsa mengiktiraf man…

SENARAI PENUH PEGAWAI2 BANK DUNIA, IMF & BADAN2 PAKAR PENARAFAN EKONOMI ANTARABANGSA YANG MENYATAKAN "GST SALAH & MANSUH GST"

Soalan:
Senarai pegawai-pegawai Bank Dunia, IMF & badan-badan pakar penarafan ekonomi antarabangsa yang menyatakan "GST SALAH & MANSUH GST".


Jawapan:
Tiada. GST terus dilaksanakan ke seluruh dunia, kini di 174 dari 194 buah negara. GST adalah merupakan transformasi sistem percukaian dunia yang berkembang pesat seiring dengan perkembangan ekonomi digital yang semakin global serta sejajar dengan tujuan dan tumpuan pelbagai jenis urus niaga perdagangan antarabangsa yang merentas sempadan.

RAKYAT NAK TAHU KE MANA DUIT GST! PENGURUSAN GST TAK TELUS!

Soalan: Rakyat nak tahu ke mana duit GST! Pengurusan GST tak telus!

Jawapan:  Hasil pendapatan dari cukai GST dikira sama seperti dengan mana-mana kutipan cukai-cukai lain kerajaan termasuk cukai korporat, cukai pendapatan, duti, pendapatan petroleum, dividen yang diterima - bermaksud kesemua hasil pendapatan tersebut dimasukkan ke dalam dana yang disatukan ketika kerajaan membuat pembentangan bajet tahunan.
Pendapatan dari GST tidak diurus berasingan, juga tidak dibelanjakan secara berasingan.
Keseluruhan hasil pendapatan kerajaan dibelanjakan untuk keselamatan & pertahanan negara, infrastruktur & kemudahan awam, pertanian & perindustrian, kesihatan, membantu golongan yang memerlukan, sekolah & universiti, pembangunan dan banyak lagi.
Cara bagaimana kerajaan membelanjakan dana yang telah disatukan (termasuk hasil GST) dibuat secara terperinci dalam pembentangan belanjawan tahunan di parlimen setiap tahun, yang kemudiannya diaudit oleh Ketua Audit Negara.

GST PUNCA INFLASI! RAKYAT NAK PENJELASAN!

Adakah GST menyumbang kepada inflasi?
Jawapan: Ya dan tidak. Bergantung kepada konteks yang anda maksudkan. Apabila GST mula-mula diperkenalkan dulu, maka harga bagi kebanyakan barangan meningkat pada ketika itu; tetapi ada juga yang lain seperti kereta, alat ganti dan barangan-barangan tertentu menurun kerana cukai 6% GST menggantikan cukai 10% SST.
Berikut adalah arkib mengenai bagaimana harga kereta dikurangkan sebaik sahaja GST diperkenalkan:  http://says.com/my/news/rm10-000-off-a-merc-and-other-car-price-reductions-thanks-to-gst
Sebarang peningkatan dalam kadar cukai akan menyumbang kepada inflasi tetapi ianya adalah kesan sekali sahaja iaitu ketika ianya mula-mula diperkenalkan. GST kini tidak lagi boleh berterusan menjadi faktor utama kepada peningkatan inflasi atau menaikkan kadar inflasi. 
Selain merupakan antara kadar terendah dunia, GST Malaysia telah masuk tahun ke-4 perlaksanaan dengan kadar 6% nya yang tetap sama tidak pernah naik sejak mula diperkenalkan; maka hari ini GST …

GST KUTIP SEMAKIN BANYAK CUKAI! INI BUKTI MENINDAS RAKYAT?

Oleh kerana Cukai Korporat dan Cukai Pendapatan Peribadi telah dikurangkan, manakala Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan pula telah dihapuskan, bagaimana kerajaan boleh mengutip lebih banyak wang daripada sebelum ini? Dari manakah wang tambahan ini datang?
Jawapan: Hanya rakyat dan syarikat yang bertanggungjawab & telah membayar cukai akan menikmati pengurangan ini. 
Walau bagaimanapun, mereka yang tidak pernah melaporkan sebarang pendapatan atau sengaja melaporkan kurang pendapatan atau sengaja melaporkan kurang cukai korporat sebelum ini, mereka yang menjalankan perniagaan haram (atau apa yang dipanggil 'Black Economy') seperti pinjaman Ah Long, pelacuran, perjudian haram, pelancong dan pekerja asing yang tidak membayar apa-apa cukai pendapatan, kini tidak lagi dapat terlepas dari membayar cukai GST ini.

Kutipan wang tambahan datang dari kumpulan-kumpulan ini. Ianya adalah adil dalam arti kata yang sebenarnya kerana apabila anda berbelanja dan mampu berbelanja maka anda pat…