Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus. Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) SST dimansuhkan sekaligus kesemuanya selepas berkuatkuasanya Cukai GST.

SIAPA KATA GST TAK BOLEH MANSUH?!

SOALAN: :
Apakah benar dakwaan yang kita sering dengar mutakhir ini bahawa penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan menyebabkan kerugian, sebaliknya mampu serta mudah diseimbangkan dengan hanya pengurangan perbelanjaan berdasarkan dua komponen belanjawan iaitu pendapatan dan perbelanjaan, ketika pembentangan bajet tahunan negara di parlimen. Jadi persoalannya sekarang ialah ‘Siapa kata GST tak boleh mansuh?


JAWAPAN:
Memang terdapat pihak-pihak tertentu bertekad mahu menghapuskan GST tetapi tanpa mengemukakan cadangan kukuh tentang bagaimana akan menggantikan hasil pendapatan daripada GST.

GST bukan cukai baharu tetapi transformasi cukai untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, mengawal ‘black economy’ dan mencegah aktiviti ekonomi haram, bagi mengurangkan pengelakan cukai serta meluaskan asas cukai keseluruhan. Kadar GST terendah dunia ialah 5% (Jepun, Kanada) dan tertinggi ialah 28% (India).

Bank Dunia, IMF dan badan penarafan ekonomi antarabangsa mengiktiraf manfaat positif GST, dan tiada yang menyatakan ‘GST salah’ atau ‘mansuh GST’.

Malahan tiada sebuah negara pun dari 174 buah negara GST di dunia ini memansuhkannya; di mana Perancis merupakan negara pertama melaksanakannya pada tahun 1954 kemudian diikuti negara-negara lain antaranya Jepun, China, Korea, Kanada, India, Australia, Jerman, UK, Iran, Arab Saudi dan UAE.

Cukai GST, seiring dengan era ekonomi digital semasa, merupakan pengganti cukai lapuk SST yang rumit dan tidak berfungsi dengan baik sama ada untuk pengguna atau perniagaan.

Comments

Popular posts from this blog

SENARAI PENUH NEGARA-NEGARA DI DUNIA YANG MEMANSUHKAN GST SESUDAH IANYA DILAKSANAKAN

SENARAI PENUH NEGARA-NEGARA ISLAM YANG MENGHARAMKAN GST