Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus. Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) SST dimansuhkan sekaligus kesemuanya selepas berkuatkuasanya Cukai GST.

GST PUNCA INFLASI! RAKYAT NAK PENJELASAN!

Adakah GST menyumbang kepada inflasi? 

Jawapan: Ya dan tidak. Bergantung kepada konteks yang anda maksudkan. Apabila GST mula-mula diperkenalkan dulu, maka harga bagi kebanyakan barangan meningkat pada ketika itu; tetapi ada juga yang lain seperti kereta, alat ganti dan barangan-barangan tertentu menurun kerana cukai 6% GST menggantikan cukai 10% SST.

Berikut adalah arkib mengenai bagaimana harga kereta dikurangkan sebaik sahaja GST diperkenalkan: 
http://says.com/my/news/rm10-000-off-a-merc-and-other-car-price-reductions-thanks-to-gst

Sebarang peningkatan dalam kadar cukai akan menyumbang kepada inflasi tetapi ianya adalah kesan sekali sahaja iaitu ketika ianya mula-mula diperkenalkan. GST kini tidak lagi boleh berterusan menjadi faktor utama kepada peningkatan inflasi atau menaikkan kadar inflasi. 

Selain merupakan antara kadar terendah dunia, GST Malaysia telah masuk tahun ke-4 perlaksanaan dengan kadar 6% nya yang tetap sama tidak pernah naik sejak mula diperkenalkan; maka hari ini GST bukan lagi merupakan faktor penyumbang kepada kenaikan harga barang & perkhidmatan kerana harga akan terus menerus naik saban tahun walaupun tiada sebarang kaitan dan kenaikan dalam kadar GST.

Comments

  1. Memang betul GST bukan faktor utama kenaikan harga barang. Cuma ada segelintir peniaga yang "menangguk di air yang keruh" dengan sengaja menaikkan harga barang bersandarkan kepada alasan GST. Peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja memberi alasan kenaikan harga kerana GST malah mengambil peluang untuk memburuk-burukkan dasar kerajaan terhadap cukai GST. Akibatnya pengguna mudah diperdaya dan termakan hasutan peniaga-peniaga ini. Perlu diingat bukan semua barang yang dikenakan GST!

    ReplyDelete
  2. Betul tu ..GST yang nengganti SST lebih bersistem sepatutnya lebih telus kutipan cukainya dan ini bagi mengelakkan peniaga lari cukai berbanding SST .. mana2 perlaksaanaan pun pasti ada pro dan kontra

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SENARAI PENUH NEGARA-NEGARA DI DUNIA YANG MEMANSUHKAN GST SESUDAH IANYA DILAKSANAKAN

SENARAI PENUH NEGARA-NEGARA ISLAM YANG MENGHARAMKAN GST