Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus. Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) SST dimansuhkan sekaligus kesemuanya selepas berkuatkuasanya Cukai GST.

GST KUTIP SEMAKIN BANYAK CUKAI! INI BUKTI MENINDAS RAKYAT?

Oleh kerana Cukai Korporat dan Cukai Pendapatan Peribadi telah dikurangkan, manakala Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan pula telah dihapuskan, bagaimana kerajaan boleh mengutip lebih banyak wang daripada sebelum ini? Dari manakah wang tambahan ini datang?

Jawapan: Hanya rakyat dan syarikat yang bertanggungjawab & telah membayar cukai akan menikmati pengurangan ini. 

Walau bagaimanapun, mereka yang tidak pernah melaporkan sebarang pendapatan atau sengaja melaporkan kurang pendapatan atau sengaja melaporkan kurang cukai korporat sebelum ini, mereka yang menjalankan perniagaan haram (atau apa yang dipanggil 'Black Economy') seperti pinjaman Ah Long, pelacuran, perjudian haram, pelancong dan pekerja asing yang tidak membayar apa-apa cukai pendapatan, kini tidak lagi dapat terlepas dari membayar cukai GST ini.


Kutipan wang tambahan datang dari kumpulan-kumpulan ini. Ianya adalah adil dalam arti kata yang sebenarnya kerana apabila anda berbelanja dan mampu berbelanja maka anda patut membayar bahagian cukai anda.

Comments

Popular posts from this blog

SENARAI PENUH NEGARA-NEGARA DI DUNIA YANG MEMANSUHKAN GST SESUDAH IANYA DILAKSANAKAN

SENARAI PENUH NEGARA-NEGARA ISLAM YANG MENGHARAMKAN GST