Posts

Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus. Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) SST dimansuhkan sekaligus kesemuanya selepas berkuatkuasanya Cukai GST.

GST CUKAI BAHARU YANG MEMBEBANKAN RAKYAT?

Adakah GST mengenakan cukai baharu atau cukai tambahan yang membebankan rakyat?  Jawapan: Dalam konteks Malaysia, dan tidak seperti beberapa negara lain yang melaksanakan GST seperti UAE atau Arab Saudi, pelaksanaan GST tidak boleh dianggap sebagai cukai baharu atau cukai tambahan. Sebagai langkah persediaan perlaksanaan GST, pada hari pelaksanaan, cukai korporat telah dikurangkan dari 28% kepada 24% manakala cukai pendapatan peribadi juga disusun semula dan dikurangkan dari 28% kepada 24%. Kesannya, ramai orang yang berpendapatan sederhana kini membayar lebih banyak cukai pendapatan peribadi, manakala kumpulan berpendapatan rendah tidak lagi perlu membayar sebarang cukai pendapatan peribadi.  Di samping itu, cukai Jualan SST sehingga sebanyak 20% dan Cukai Perkhidmatan SST sebanyak 6% juga telah dimansuhkan, manakala BR1M dinaikkan. Oleh itu, GST di Malaysia TIDAK AKAN dianggap sebagai cukai tambahan tetapi lebih kepada pembaharuan sistem percukaian semata-mata. Ram...

SENARAI PENUH NEGARA-NEGARA ISLAM YANG MENGHARAMKAN GST

Ada orang kata bahawa GST adalah "Haram" di dalam Islam. Negara Islam manakah yang mengharamkan GST? Jawapan: 45 dari 57 buah negara-negara OIC (Organisation of Islamic Cooperation) telah melaksanakan GST. Selain daripada Iran yang memperkenalkan GST pada tahun 2008, Arab Saudi dan UAE kini telah melaksanakannya mulai tahun 2018, manakala negara-negara seperti Oman, Kuwait dan Bahrain akan melaksanakan GST pada tahun hadapan.

GST SISTEM CUKAI REGRESIF

Adakah GST satu sistem percukaian yang regresif, di mana orang miskin akan dikenakan cukai lebih banyak daripada orang kaya? Jawapan: Dengan sendirinya, ia akan menjadi sedemikian. Bagaimanapun dalam pelaksanaannya di Malaysia, terdapat ribuan item telah dikecualikan dari GST, sementara BR1M pula telah diperkenalkan dan dinaikkan (bayarannya bagi menyerap kesan perlaksanaan GST). Di samping itu, cukai pendapatan peribadi telah dikurangkan dan disusun semula di mana isi rumah yang memperoleh pendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi perlu membayar sebarang cukai. Ambil contoh pendapatan rumah RM3,000 sebulan yang sekarang tidak lagi membayar cukai pendapatan: Rumah tersebut akan mempunyai bayaran bulanan biasa seperti sewa, insurans, utiliti, petrol, pengangkutan awam, bayaran balik pinjaman atau simpanan. Semua ini dikecualikan daripada GST. Seperkara lagi, RM1,000 pula akan dibelanjakan sebulan untuk makanan segar seperti beras, daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buaha...

SENARAI PENUH NEGARA-NEGARA DI DUNIA YANG MEMANSUHKAN GST SESUDAH IANYA DILAKSANAKAN

Soalan:  Daripada 194 buah negara yang ada di dunia ini, 174 buah negara telah melaksanakan GST. Negara manakah yang memansuhkan atau menghapuskan GST sesudah ianya dilaksanakan? Jawapan:  Tiada.  Sejak Perancis menjadi negara pertama melaksanakan GST pada 10 April 1954, tiada satu pun dari 174 buah negara tersebut yang memansuhkan atau menghapuskan GST sesudah ianya dilaksanakan.

KENAPA GST GANTI SISTEM CUKAI LAMA SST

Pelaksanaan GST merupakan salah satu langkah bagi menyusun semula sistem percukaian supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat mengatasi kelemahan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang lama dan seterusnya mampu mengesan serta mengekang perbuatan dan kelakuan seperti:- Mensabotaj ekonomi Segelintir pengimport, pengilang, pengeluar, pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit: - tidak mengisytiharkan jumlah sebenar pendapatan bulanan dan tahunan mereka untuk mengelak cukai, memanipulasi penyata pendapatan, menyembunyikan sumber serta aliran kewangan syarikat. - melakukan khianat dengan sengaja menyorok sesuatu barangan, memonopoli produk bagi membunuh persaingan pesaing, dan memanipulasi harga barang sesuka hati. Akibatnya harga barang meningkat berkali ganda dan menjadi mahal. Mengenakan cukai terselindung Cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit, ...