Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus. Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) SST dimansuhkan sekaligus kesemuanya selepas berkuatkuasanya Cukai GST.

KENAPA GST GANTI SISTEM CUKAI LAMA SST

Pelaksanaan GST merupakan salah satu langkah bagi menyusun semula sistem percukaian supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat mengatasi kelemahan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang lama dan seterusnya mampu mengesan serta mengekang perbuatan dan kelakuan seperti:-
Mensabotaj ekonomi
Segelintir pengimport, pengilang, pengeluar, pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit:
- tidak mengisytiharkan jumlah sebenar pendapatan bulanan dan tahunan mereka untuk mengelak cukai, memanipulasi penyata pendapatan, menyembunyikan sumber serta aliran kewangan syarikat.
- melakukan khianat dengan sengaja menyorok sesuatu barangan, memonopoli produk bagi membunuh persaingan pesaing, dan memanipulasi harga barang sesuka hati. Akibatnya harga barang meningkat berkali ganda dan menjadi mahal.
Mengenakan cukai terselindung
Cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada pengedar, pembekal, pemborong, peniaga, dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin keuntungan sesebuah syarikat.
Mengenakan cukai bertindih
Cukai bertindih di bawah sistem SST yang lama, iaitu samada di bawah cukai jualan atau di bawah cukai perkhidmatan.
Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai perkhidmatan yang dikenakan merupakan sebahagian daripada kos menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barang berkaitan dikenakan cukai jualan serta cukai perkhidmatan.
Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
Mengenakan caj tersembunyi
Kadang kala cukai perkhidmatan turut dimasukkan ke dalam secara terselindung di dalam bil atau resit pengguna tanpa diketahui yang sebenarnya dikenakan adalah caj perkhidmatan.

Comments

Popular posts from this blog

SENARAI PENUH NEGARA-NEGARA DI DUNIA YANG MEMANSUHKAN GST SESUDAH IANYA DILAKSANAKAN

SENARAI PENUH NEGARA-NEGARA ISLAM YANG MENGHARAMKAN GST