Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus. Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) SST dimansuhkan sekaligus kesemuanya selepas berkuatkuasanya Cukai GST.

GST CUKAI BAHARU YANG MEMBEBANKAN RAKYAT?

Adakah GST mengenakan cukai baharu atau cukai tambahan yang membebankan rakyat? 

Jawapan: Dalam konteks Malaysia, dan tidak seperti beberapa negara lain yang melaksanakan GST seperti UAE atau Arab Saudi, pelaksanaan GST tidak boleh dianggap sebagai cukai baharu atau cukai tambahan. Sebagai langkah persediaan perlaksanaan GST, pada hari pelaksanaan, cukai korporat telah dikurangkan dari 28% kepada 24% manakala cukai pendapatan peribadi juga disusun semula dan dikurangkan dari 28% kepada 24%. Kesannya, ramai orang yang berpendapatan sederhana kini membayar lebih banyak cukai pendapatan peribadi, manakala kumpulan berpendapatan rendah tidak lagi perlu membayar sebarang cukai pendapatan peribadi. 


Di samping itu, cukai Jualan SST sehingga sebanyak 20% dan Cukai Perkhidmatan SST sebanyak 6% juga telah dimansuhkan, manakala BR1M dinaikkan. Oleh itu, GST di Malaysia TIDAK AKAN dianggap sebagai cukai tambahan tetapi lebih kepada pembaharuan sistem percukaian semata-mata. Ramai orang hanya melihat GST sekarang tetapi lupa tentang pengurangan dan pemansuhan cukai-cukai lain serta pembayaran faedah-faedah yang ditambah yang diperkenalkan bersama dengan perlaksanaan GST.

Comments

Popular posts from this blog

SENARAI PENUH NEGARA-NEGARA DI DUNIA YANG MEMANSUHKAN GST SESUDAH IANYA DILAKSANAKAN

SENARAI PENUH NEGARA-NEGARA ISLAM YANG MENGHARAMKAN GST