Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus. Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) SST dimansuhkan sekaligus kesemuanya selepas berkuatkuasanya Cukai GST.

GST SISTEM CUKAI REGRESIF

Adakah GST satu sistem percukaian yang regresif, di mana orang miskin akan dikenakan cukai lebih banyak daripada orang kaya?

Jawapan: Dengan sendirinya, ia akan menjadi sedemikian. Bagaimanapun dalam pelaksanaannya di Malaysia, terdapat ribuan item telah dikecualikan dari GST, sementara BR1M pula telah diperkenalkan dan dinaikkan (bayarannya bagi menyerap kesan perlaksanaan GST).

Di samping itu, cukai pendapatan peribadi telah dikurangkan dan disusun semula di mana isi rumah yang memperoleh pendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi perlu membayar sebarang cukai.

Ambil contoh pendapatan rumah RM3,000 sebulan yang sekarang tidak lagi membayar cukai pendapatan:

Rumah tersebut akan mempunyai bayaran bulanan biasa seperti sewa, insurans, utiliti, petrol, pengangkutan awam, bayaran balik pinjaman atau simpanan. Semua ini dikecualikan daripada GST.

Seperkara lagi, RM1,000 pula akan dibelanjakan sebulan untuk makanan segar seperti beras, daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan. Sekali lagi, semua ini dikecualikan dari GST.

Apapun, tetap ada kemungkinan rumah tersebut akan membelanjakan RM1,000 sebulan untuk barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST.

RM1,000 X 6% = RM60 sebulan GST atau RM720 setahun.

Walau bagaimanapun, isi rumah ini layak untuk BR1M sebanyak RM1,200 setahun.

Oleh itu, isi rumah tersebut sebenarnya mendapat RM480 setahun (RM1,200 tolak RM720) manafaat - yang bermaksud bahawa mereka sedang DIBAYAR secara tidak langsung.

Sebenarnya, manfaat bersih adalah lebih banyak daripada Sistem SST sebelum ini; isi rumah tersebut  telah membayar cukai SST ini tanpa menyedarinya. Sebagai contoh, kereta dan alat ganti telah menurunkan harga di bawah GST, sementara buah-buahan yang diimport seperti epal atau oren yang mempunyai cukai SST 10% kini telah dimansuhkan dan dikecualikan daripada cukai GST.

Jadi, isi rumah berpendapatan rendah sebenarnya merupakan benefisiari bersih dalam Sistem GST.

Orang kaya akan berbelanja lebih banyak ke atas pembelian yang lebih mahal, makan luar, hiburan dan lain-lain. Pastinya mereka akan membayar lebih banyak GST setiap bulan berbanding dengan keluarga berpendapatan rendah.


Kesimpulannya, GST Malaysia adalah BUKAN sistem regresif yang menindas keluarga berpendapatan rendah. Ianya adalah sistem progresif di mana keluarga berpendapatan rendah telah menjadi penerima manfaat bersih dan sebenarnya GST telah membantu meningkatkan kesaksamaan pendapatan.

Comments

Popular posts from this blog

SENARAI PENUH NEGARA-NEGARA DI DUNIA YANG MEMANSUHKAN GST SESUDAH IANYA DILAKSANAKAN

SENARAI PENUH NEGARA-NEGARA ISLAM YANG MENGHARAMKAN GST