GST PUNCA INFLASI! RAKYAT NAK PENJELASAN!
Adakah GST menyumbang kepada inflasi? Jawapan: Ya dan tidak. Bergantung kepada konteks yang anda maksudkan. Apabila GST mula-mula diperkenalkan dulu, maka harga bagi kebanyakan barangan meningkat pada ketika itu; tetapi ada juga yang lain seperti kereta, alat ganti dan barangan-barangan tertentu menurun kerana cukai 6% GST menggantikan cukai 10% SST. Berikut adalah arkib mengenai bagaimana harga kereta dikurangkan sebaik sahaja GST diperkenalkan: http://says.com/my/news/rm10-000-off-a-merc-and-other-car-price-reductions-thanks-to-gst Sebarang peningkatan dalam kadar cukai akan menyumbang kepada inflasi tetapi ianya adalah kesan sekali sahaja iaitu ketika ianya mula-mula diperkenalkan. GST kini tidak lagi boleh berterusan menjadi faktor utama kepada peningkatan inflasi atau menaikkan kadar inflasi. Selain merupakan antara kadar terendah dunia, GST Malaysia telah masuk tahun ke-4 perlaksanaan dengan kadar 6% nya yang tetap sama tidak pernah naik sejak...